Friday, May 28, 2010

Diam Boleh Tak?

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,ibadah ini tidak meletihkan,

Kdg2 ibadah ini lbh baik drpd ibadah sunat,
Yg hatinya di dlm kelalaian,
Macamana org mukmin itu diamnya mjadi ibadah?

Kdg2 memikirkan dosanya,
Kdg2 memikirkan apa kebaikan yg nak dibuat,
Kdg2 memikirkn nak menolong kwn,
Kdg2 dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkn,dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yg bukan2,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bcakap,takut2 menyakiti hati org,
Atau dia diam itu,menghormati percakapan org,
Mungkin org itu bercakap baik,dpt pengajaran,
Atau dia hendak mengenal org yg bcakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja org itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenali org itu,

Kdg2 dia diam memikirkn dosa2 yg lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat,supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingat ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yg dilupakan dtg semula ingatan,
Itulah yg dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam-diam ubi berisi"
"Diam-diam tong kosong"
Atau "diam-diam tong penuh berisi kekotoran"...

No comments:

Post a Comment